https://www.facebook.com/notes/myra-valora/endometriosis-bh-article/572412886201437
This article is dated 09/07/2014, Wednesday.
Written by Mr. Farid Hamzah of Berita Harian/Berita Minggu.
I finally translated it in a simplified version. Alhamdulillah. Do spread the awareness around. đ
IG: #endometriosistersinsg
THE ACTUAL ARTICLE IN MALAY
Sakit Rahim Begitu Keterlaluan Hingga Pengsan
Anak bongsu dua beradik tidak tahu punca derita endometriosis
Senaman dan angkat berat merupakan amalan biasa bagi Cik Namira Mohamad Marsudi sejak tiga tahun lalu. Namun, di sebalik tubuh yang berotot itu, timbul masalah kesihatan yang telah lama membelenggu gadis 28 tahun itu.
Setiap kali terasa sakit di bahagian rahim atau ususnya, Cik Namira pasti menghadapi kesukaran bergerak ke mana-mana. Masalahnya begitu teruk sehinggakan beliau pernah pengsan- baik di rumah mahu pun di luar.
Biasanya, masalah tersebut akan timbul seminggu sebelum datang haidnya dan akan menjadi lebih teruk pada tiga hari pertama gadis itu kedatangan haid.
Yang pasti, rasa sakitnya itu sama seperti sakit senggugut yang dialami ramai wanita yang kedatangan haid. Sebaliknya, ia merupakan penyakit endometriosis- satu keadaan di mana sel-sel daripada lapisan rahim yang biasanya keluar sebagai darah haid dalam setiap putaran haid, membiak dalam kawasan luar rahim.
âApabila masalah ini timbul, Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya bahagian rahim, pinggul atau usus saya.
âMalah, belakang tubuh juga terasa sakit selain tubuh mudah penat,â jelasnya
Menurut anak bongsu dua beradik itu lagi, meskipun masalah itu dikesan dua tahun lalu, beliau berasakan hal itu telah dihadapinya sejak 10 tahun lalu.
Malangnya, sepanjang tempoh itu beliau hanya mengambil ringan masalah tersebut kerana menyangka ia sama seperti yang dialami ramai wanita lain.
Disebabkan beliau tidak mempedulikan masalahnya itu, keadaan menjadi semakin serius.
âSebab terlalu sakit, saya pernah pengsan semasa di stesen MRT, dan semasa menuju ke klinik.
âTapi kalau pengsan di rumah itu sudah berulang kali ia berlaku,â jelas kakitangan sumber manusia di sebuah syarikat itu lagi.
Akibatnya, beliau kerap mengambil cuti sakit.
âSehinggakan saya telah diberhentikan kerja sebelum bekerj di tempat baru ini akibat masalah kesihatan saya itu,âkatanya lagi.
Sehingga kini Cik Namira masih tidak tahu punca sebenar masalah tersebut yang sudah berada di tahap paling serius dan menyatakan bahawa ibu atau kakaknya langsung tidak mengalaminya.
âIa tidak akan menjadi seburuk ini sekiranya saya mendapatkan rawatan daripada pakar yang benar-benar tahu akan masalah ini,â katanya lagi.
Endometriosis merupakan sejenis penyakit yang menjejas sekitar 10 peratus wanita.
Sehingga 30 peratus wanita mengadu terasa sakit semasa kedatangan haid dikesan menghidap endometriosis.
Namun, penyakit itu biasanya tidak dikesan kerana ia juga mungkin wujud di kalangan wanita yang mengalami petanda lain yang tiada kaitan dengan masalah haid atau kurang rasa tidak selesa semasa kedatangan haid.
Pakar perbidanan di Hospital Raffles, Dr Jazlan Joosoph, berkata endometriosis hanya menjejas kaum wanita dalam oeringkat usia reproduktif iaitu sejak usia mulanya akil baligh hingga ke usia menopos.
âPenyakit endometriosis boleh dibandingkan dengan penyakit barah.
âIa boleh membiak, merebak dan membinasakan selain memusnahkan organ-organ reproduktif wanita seperti saluran telur dan ovari
âLantaran itu, penyakit endometriosis berkait rapat dengan ketidaksuburan,â katanya.
Dr Jazlan menambah punca penyakit endometrisis masih menjadi tanda tanya.
Menurutnya, terdapat beberapa teori mengenai asal usul penyakit tersebut, namun puncanya dan mengapa ia berlaku masih tidak jelas.
Yang jeals ialah hanya berlaku apabila hormon-hormon seks wanita aktif di dalam tubuh, katanya lagi.
Endometriosis menyakitkan, kata Dr Jazlan lagi.
âKesikatan yang dirasai boleh berbentuk senggugut atau sakit semasa haid (dysmenorrhea), sakit semasa bersatu atau dyspareunia, sakit semasa buang air kecil atau dysuria, sakit semasa buang air besar atau dyschezia dan sakit di bahagian pelvis dan pinggul tanpa sebarang sebab atau punca yang jelas (chronic pelvic pain).
âPenyakit endometriosis tahap lanjut boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan,â ujar Dr Jazlan lagi.
Sementara itu, bagi mengatasi rasa sakitnya, Cik Namira berkata beliau diberi ubat pelali sakit.
âTapi saya tidak boleh bergantung pada ubat pelali sahaja.
âSebagai satu cara untuk mengatasi rasa sakit, saya banyakkan bersenam selain memantau diet pemakanan.
âInila satu cara saya hilangkan rasa sakit itu dengan menumpukan segala tenaga kepada senaman termasuk angkat berat,âujarnya lagi.
Fakta Endometriosis
– Penyakit endometriosis adalah satu keadaan di mana sel-sel daripada lapisan rahim, yang biasanya keluar sebagai darah haid dalam setiap putaran haid, membiak dalam kawasan luar rahim.
– Tompok-tompok endometriosis boleh terdapat di saluran telur, ovari, usus, pundi kencing dan dinding pelvis.
– Dalam keadaan yang agak teruk, tompok-tompok endometriosis boleh merebak jauh sehingga organ otak, mata dan paru-paru.
– Jika ia membiak di organ ovari, maka kista endometriosis atau endometriotic cysts boleh terbentuk.
– Dalam tahap awal, penyakit endometriosis tidak menimbulkan sebarang simptom. Ia boleh menyepi selama bertahun-tahun.
– Pada tahap lanjut, penyakit endometriosis boleh menyebabkan pelbagai simptom dan rata-rata petanda sejagat yang berkaitan dengan endometriosis ialah sakit.
– Faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan endometriosis adalah:
1) Wanita yang belum pernah hamil;
2) Sejarah penyakit serupa dalam keluarga terutama ibu, adik-beradik perempuan atau mak cik;
3) Sebarang masalah kesihatan yang menyekat pengaliran darah haid secara sempurna;
4) Jangkitan di bahagian pelvis tidak kira sama ada berhubungan atau tiada hubungan dengan kegiatan seks atau
5) Masalah kecacatan rahim.
TRANSLATED VERSION IN ENGLISH
Pelvic Pain So Severe It Leads To a Series of Fainting Incidents
The youngest of two siblings do not know what causes her chronic illness
Lifting weights has been her fitness regime since three years ago. But behind those flexed muscles, lies a body that has been battling stage 4 Endometriosis.
When the pain hits, it is difficult for the 28 year old to move around.
It is so severe that sheâd fainted- at home and in public.
Usually this extreme pain arises a week before her cycle up to her third day of period.
It is unusual what deem as normal in the social context for women suffering from âdysmenorrheaâ is actually one of the symptoms of Endometriosis.
Endometriosis is a condition in which the endometrium abnormally develops outside of the uterus.
âOnly God knows how horrible it is. The pain is not just at the pelvic, but everywhere else; my back, bowel and I have extreme exhaustion too,â she explained.
Ms. Namira mentioned that although she is diagnosed only two years ago, she always knew that something is wrong even at the young age of 18.
However, she has dismissed it thinking the pain is a common trait during menstruation as what many were told.
Due to this ignorance, her condition worsens.
âIt is so severe I ever fainted in the train station and also when I was rushing to the clinic for immediate medical attention. Several fainting incidents happened at home too,â said the Human Resource officer.
This causes her to take medical leave often.
âTo the extent I was terminated by my previous employer,âshe added.
Until now Ms. Namira does not know the cause of this disease as none of her family members are effected by it.
âIt will not have develop to this stage if there is an awareness on a proper Endometriosis care,â she exclaimed.
1 out of 10 women suffers from Endometriosis of which 30% complained of having dysmenorrhea suffer from Endometriosis as well.
Unfortunately, patients are usually misdiagnosed because the symptoms overlap with other medical conditions.
Dr. Jazlan Joosoph, a gynecologist from The Raffles Hospital explained that Endometriosis effects women who are in their reproductive age all the way to menopausal state.
âThis chronic illness is adjacent to cancer in a sense that it can grow, spread and damage the reproductive organs such as the fallopian tube and ovaries. Therefore it can cause infertility.â
Dr. Jazlan mentioned that there is no concrete reason yet to what causes it except for some shady theories. Whatâs ascertain is that, it causes debilitating pain.
âThe detrimental pain can commonly be identified in four areas; dysmenorrhea (extreme pain during menstruation), dyspareunia (pain during/after intercourse), dysuria (pain when urinate), dyschezia (pain when passing motion) and significantly chronic pelvic pain.â
For Ms. Namira, lifting weights has provide her with an escape route from her daily pangs. She feels that relying only on painkillers is not enough as it is damaging to her body in the long run. Keeping a healthy lifestyle is just as important in improving her chances for a better quality of life.
#activist #singapore #endoawareness #excision #endometriosisters #endometriosis #chronicpain #awareness #invisibleillness #yellowforendo #heal #support #love
#surgery #endometrioma #laparoscopy #fightlikeagirl #adenomyosis #igsg #fitness #gymboxx #muscle #abs #courage #weightlifting #focus #determination #wellness #health